Posts

Showing posts from March 18, 2012

INFO SOLAT

Selepas takbiratulihram, kedua-dua belah tangan hendaklah didakapkan. Bagaimanapun, para ulama telah sepakat bahawa tiada sebarang dalil yang mewajibkan kedudukan tangan seumpama ini, dan ia bukanlah rukun mahupun syarat sah solat. Ia hanya sunat menurut beberapa mazhab.                         Hujah mereka kerana dalam sebuah hadis ketika Nabi s.a.w. mengajar seorang lelaki yang teruk cara solatnya, maka apabila Nabi s.a.w. menyuruh lelaki itu solat semula dan mengajarkannya cara solat, Baginda tidak pun menyebut tentang kedudukan tangan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)                          Maka ini membuktikan bahawa ia bukanlah perkara yang wajib. Demikian pandangan Imam al-Syawkani, yang juga diutarakan oleh Syeikh Atiyyah Saqar dan lain-lain. (Syiekh Atiyyah Saqar, Min Ahsan al-Kalam , jil. 1, hlm. 484)               Walaupun demikian, meletakkan tangan pada kedudukan sedemikian adalah salah satu sifat kebiasaan solat Nabi s.a.w. DALIL BERDAKAP TANGAN Berikut adalah b